AGENDA

Anwar setuju tempoh jawatan PM dihad hanya 10 tahun

16 Mac 2025, 1:05 PM
Anwar setuju tempoh jawatan PM dihad hanya 10 tahun

SHAH ALAM, 16 MAC: Perdana Menteri bersetuju cadangan DAP untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri (PM) kepada dua penggal sahaja.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan memegang jawatan itu melebihi dua penggal atau maksimum 10 tahun, lapor Malaysiakini.

"Saya bersetuju dengan beberapa cadangan (reformasi). Untuk mengehadkan perdana menteri untuk 10 tahun memegang jawatan.

"Kerana kita tahu jika ia mencecah 22 tahun, itu akan memusnahkan negara," kata Anwar dalam ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP hari ini.

Sebelum ini, setiausaha agung DAP berkata partinya berharap dalam tempoh dua tahun akan datang, kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Anthony Loke menambah parti berkenaan terus menyokong dan mencadangkan Anwar sebagai calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) sekiranya gabungan itu kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mengulas lanjut, perdana menteri ke-10 berkata walaupun cadangan itu dipersetujui Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan komponen HARAPAN yang lain, perkara itu perlu mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Jangan risau, jika terpulang kepada saya, saya tidak akan lulus 10 tahun. Hanya dua tahun dan saya penat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619