BERITA UTAMA

Baucar Jom Shopping hargai warga emas ketika hidup

26 Apr 2019, 8:29 AM
Baucar Jom Shopping hargai warga emas ketika hidup
Baucar Jom Shopping hargai warga emas ketika hidup
Baucar Jom Shopping hargai warga emas ketika hidup

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KUALA SELANGOR, 26 APR: Sejajar hasrat menjaga kebajikan warga emas, Kerajaan Negeri bakal memberikan baucar Jom Shopping kepada peserta bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bermula Oktober.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemberian baucar RM100 itu diberikan pada setiap musim perayaan sebagai ganti pembayaran khairat kematian kepada waris peserta SMUE.

Katanya, program yang memperuntukkan RM20 juta setahun itu akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 warga emas semasa mereka masih hidup berbanding manfaat diterima mereka sebelum ini.

"Program ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri ketika mereka masih hidup.

"Baucar Jom Shopping ini akan membantu golongan warga emas dalam membeli barang keperluan asas sebagai kelengkapan menjelang musim perayaan," katanya.

Beliau berkata demikian, ketika sidang media selepas Sesi Town Hall Jelajah Maju Bersama Dato' Menteri Besar Selangor di Dewan Raja Lumu, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, sejajar dengan penjajaran semula yang dibuat itu, tiada lagi sebarang pembayaran wang khairat kematian kepada waris bagi warga emas dalam SMUE yang meninggal dunia selepas 30 April.

"Tempoh tuntutan khairat kematian boleh dibuat tetapi selewat-lewatnya sebelum 31 Mei 2019," katanya.

Sehingga kini, sebanyak RM 256 juta sudah dibelanjakan bagi membayar wang khairat kematian bernilai RM2,500 kepada waris, sejak permulaan skim itu pada 1 Oktober 2008 membabitkan 103,320 warga emas meninggal dunia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619