NASIONAL

KPM umum 40,000 tempat bagi matrikulasi

24 Apr 2019, 10:07 AM
KPM umum 40,000 tempat bagi matrikulasi

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PUTRAJAYA, 24 APRIL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Martikulasi kepada 40,000, berbanding 25,000 sebelum ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, jemaah menteri bersetuju dengan usaha itu bagi memastikan pelajar cemerlang terus mendapat peluang terbaik melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, kerajaan melihat wujud keperluan utama menambah bilangan pelajar dalam bidang sains serta wajar dimaksimumkan kapasiti program terbabit.

"Keputusan itu kaedah terbaik dalam memastikan Program Martikulasi KPM dapat memberi peluang pendidikan kepada semua kaum.

"Jemaah menteri juga memutuskan kuota 90 peratus Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera dikekalkan, selaras visi asal program itu, iaitu menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan berkenaan kos dalam masa terdekat.

Dr Maszlee berkata, jemaah menteri juga meminta pihaknya menilai pendekatan strategik yang bersesuaian seperti menggunakan premis dan kepakaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menampung pertambahan terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619