SELANGOR

LZS kutip zakat RM794 juta pada 2018

24 Apr 2019, 9:27 AM
LZS kutip zakat RM794 juta pada 2018

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 24 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatatkan jumlah kutipan zakat RM794 juta, berbanding RM757 juta, pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid berkata, peningkatan itu diperoleh hasil kerjasama erat dan komitmen ejen kutipan serta penolong amil LZS.

Katanya, hasil itu berjaya membela nasib lebih 54,000 keluarga asnaf, fakir dan miskin termasuk 5,000 saudara mualaf baharu berdaftar, di Selangor.

"Kami telus dengan setiap wang diagih dan disalurkan yang menjadi bukti kepada masyarakat bahawa duit itu diuruskan secara amanah serta berintergriti.

“Antara yang disalurkan adalah bantuan kewangan dan bulanan asnaf fakir, miskin dan mualaf (RM123.6 juta), bantuan keperluan pendidikan dan yuran persekolahan asnaf fakir dan miskin (RM72.2 juta) serta bantuan umum pelajaran, biasiswa pelajaran, dermasiswa mualaf dan sumbangan pendidikan OKU asnaf fakir, miskin, mualaf dan fisabilillah ((RM59.4)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penghargaan Lembaga Zakat Selangor 2018 di Dewan Orkid Wisma PKPS, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Profesor Emeritus Muhammad Awang dan Jawatankuasa Operasi Kutipan LZS, Dato' Syed Ghazali Wafa Syed Adhwam Wafa.

Mengulas sasaran kutipan zakat pada 2019, Abdul Basith berkata, LZS menyasarkan RM840 juta bagi menyantuni golongan asnaf di Selangor.

"Walaupun kita menyasarkan jumlah ini, namun keperluan sebenar asnaf di Selangor adalah RM900 juta berdasarkan kaji selidik dilakukan.

"Ini adalah tanggungjawab kami membantu asnaf, mungkin rakyat beranggapan agihan ini terlalu banyak dan diberikan kepada negeri lain, tetapi sebenarnya keperluan di Selangor terlalu tinggi.

"Pada masa sama, jumlah sasaran menjadi salah satu cabaran besar ekoran faktor peningkatan ekonomi dan persepsi masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619