AGENSI

LZS hargai rakan strategik bantu kutipan zakat lebih 51 peratus tahun lalu

14 Mei 2024, 7:30 AM
LZS hargai rakan strategik bantu kutipan zakat lebih 51 peratus tahun lalu
LZS hargai rakan strategik bantu kutipan zakat lebih 51 peratus tahun lalu

SHAH ALAM, 14 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan rakan strategik agensi itu dalam membantu kutipan dan agihan zakat di negeri ini pada Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (Grasiaz) 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata komitmen ditunjukkan rakan strategik itu membantu kutipan meningkat lebih 51 peratus bagi seluruh Selangor tahun lalu.

"Program ini bertujuan menghargai semua rakan strategik LZS daripada usaha berdakwah hingga kutipan. Tahun lalu dengan usaha wakil lantikan ini lebih 51 peratus kutipan zakat dicatat.

"Alhamdulillah, dengan kerjasama ini kita berjaya memudahkan urusan zakat lebih 400,000 pengeluar di seluruh negeri melalui pelbagai kaedah kutipan seperti pendapatan, perniagaan, wang simpanan dan harta," katanya ditemui pada program itu hari ini.

[caption id="attachment_642864" align="aligncenter" width="877"] Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini (tengah) bersama pemenang ketika pelancaran kempen “Jom Auto Zakat Bulanan” pada Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (Grasiaz) 2024 di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam pada 14 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya kini sedang mempertingkatkan usaha memberi kesedaran kepada 1.5 juta individu yang layak membayar zakat.

"Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan mereka yang berkemampuan supaya dapat menunaikan tanggungjawab membayar zakat termasuk rangkaian kerjasama dengan rakan strategik.

"Selain itu, kita juga melihat pelbagai aspek termasuk demografi umur, media sosial, elektronik, cetakan dan seminar bagi memupuk kesedaran kepentingan membayar zakat," katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan AUB Resources menerima Anugerah Prestasi Kutipan Tertinggi 2023 bagi kategori Ejen Perunding dan Anugerah Muaz bin Jalal.

Anugerah Prestasi Komitmen & Pengurusan Terbaik 2023 kategori platform saluran pembayaran diberikan kepada Touch N Go E Wallet.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619