GLOBAL

Majlis tentera Sudan pecat enam duta

23 Apr 2019, 3:31 AM
Majlis tentera Sudan pecat enam duta

KHARTOUM, 23 APR: Majlis Peralihan Ketenteraan Sudan (TMC) pada Isnin memutuskan untuk mengkaji semula wakil diplomatik negara itu di luar negara dan memecat enam duta, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan majlis itu.

"TMC telah mengeluarkan beberapa keputusan penting dan dekri perlembagaan berkaitan penstruktruran semula badan-badan kerajaan termasuk melepaskan sejumlah duta," menurut kenyataan itu.

Majlis itu turut memutuskan untuk mengkaji semula urus niaga dalam matawang asing dan hasil eksport di Bank Pusat Sudan.

TMC, yang dipengerusikan Abdel-Fattah Al-Burhan, memikul tanggungjawab untuk mentadbir hal ehwal negara itu susulan penyingkiran rejim Presiden Omar al-Bashir.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619