GLOBAL

Sri Lanka isytihar 23 April hari berkabung

23 Apr 2019, 2:43 AM
Sri Lanka isytihar 23 April hari berkabung

ANKARA, 23 APR: Sri Lanka mengisytiharkan 23 April sebagai hari berkabung nasional selepas beberapa siri pengeboman maut berlaku pada hujung minggu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan, pada Isnin.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional yang dipengerusikan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena.

Sirisena juga dijangka bertemu diplomat asing untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.

Tiga anak jutawan peruncitan Denmark Anders Holch Povlsen turut terbunuh dalam insiden pengeboman itu.

Povlsen, 46, lelaki terkaya Denmark, merupakan pemegang saham utama dalam syarikat peruncitan fesyen online Britain iaitu Asos dan CEO perniagaan borong fesyen, Bestseller.

"Kami tidak mempunyai sebarang kenyataan lanjut dan kami meminta agar privasi keluarga ini dihormati pada masa ini," kata Jesper Stubkier, pengurus komunikasi Bestseller, dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 290 maut manakala lebih 500 lagi cedera dalam beberapa siri pengeboman yang menyasarkan gereja serta hotel mewah di tiga bandar di Sri Lanka pada Hari Easter.

Sejumlah 39 warga asing, termasuk dua dari Turki, terbunuh dalam serangan itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619