BERITA UTAMA

Selangor kutuk tindakan keganasan di Sri Lanka

22 Apr 2019, 2:08 AM
Selangor kutuk tindakan keganasan di Sri Lanka

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 22 APRIL: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan tidak berperikemanusiaan di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 160 orang, termasuk warga asing.

"Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka, ingatan dan doa saya adalah untuk mereka.

"Tambah menyedihkan apabila insiden itu berlaku ketika penganut agama Kristian menyambut Easter Sunday sehingga ia mencemari hari kegembiraan mereka," tulis Amirudin menerusi twitternya, semalam.

Semalam, dunia dikejutkan dengan beberapa siri kejadian letupan termasuk di Kochikade Church, Katuwapitiya Church, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa, Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan.

Kementerian Luar turut mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian berkenaan dan pada masa sama menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan supaya berhati-hati.

Kementerian luar turut meminta warganegara Malaysia di sana mengikuti perkembangan terkini menerusi laporan berita tempatan dan pihak berkuasa tempatan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo sedang memantau rapi situasi terbabit.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1119890578492121089

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619