NASIONAL

Kabinet bincang isu matrikulasi Rabu ini

21 Apr 2019, 8:28 AM
Kabinet bincang isu matrikulasi Rabu ini

PUTRAJAYA, 21 APRIL: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan membawa isu program matrikulasi ke mesyuarat Kabinet Rabu ini bagi mendapatkan keputusan sewajarnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam kenyataan hari ini berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius terhadap pelbagai isu berbangkit berhubung kemasukan ke program itu.

"Mengambil kira pandangan semua pihak, KPM akan memastikan isu ini ditangani dengan cermat bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik melalui saluran tepat," katanya.

Katanya, berdasarkan keperluan, KPM kekal dengan dasar asal iaitu 90 peratus tempat untuk pelajar bumiputera dan 10 peratus bagi bukan bumiputera di bawah program itu.

"Tahun ini, penambahbaikan telah dibuat iaitu di samping mengekalkan dasar 90:10, pengambilan memberikan peluang tempat kepada 60 peratus pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40)," katanya.

Oleh itu, Amin berkata, KPM sudah melihat semula semua cadangan termasuk penambahan kuota kaum bukan bumiputera yang perlu selaras dengan dasar asal 90:10.

Katanya, hanya terdapat 25,000 pengambilan setiap tahun, jadi dasar semasa adalah 22,500 untuk pelajar bumiputera dan 2,500 untuk bukan bumiputera.

"Program ini diwujudkan asalnya adalah untuk bumiputera sahaja," katanya. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619