SELANGOR

Kerajaan Negeri beri ruang siasatan kes kematian di PPR

17 Apr 2019, 5:26 AM
Kerajaan Negeri beri ruang siasatan kes kematian di PPR

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 APR: Kerajaan Negeri akan menunggu hasil laporan penuh pihak berkuasa berhubung kes kematian Khorilsyahrulnizam Che Norizam yang terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya sebelum menentukan sebarang tindakan, kata Haniza Talha.

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar itu berkata, beliau memberi ruang kepada siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian membabitkan pelajar berusia 15 tahun itu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, kelmarin.

"Lawatan saya hari ini (semalam) tidak melihat insiden yang berlaku ada kaitan dengan masalah bangunan kerana pagar atau penghadang di koridor ini tinggi dan sukar untuk sesiapa bolos melainkan ia dipanjat.

"Tiada sebarang kesan ditemui, malahan tiada sesiapa nampak kejadian dan kebanyakan penduduk sedar mangsa terjatuh. Jadi sebaik-baiknya kita tunggu hasil siasatan," katanya.

Semalam, Haniza melawat keluarga Allahyarham Khorilsyahrulnizam dan bertemu ibunya, Seri Sunarti Sukaji susulan kejadian menyayat hati serta menyampaikan sumbangan.

Beliau berkata, keluarga berkaitan juga akan diberikan bantuan lain seperti kaunseling bagi mengurangkan trauma akibat insiden itu.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya itu juga menginatkan ibu bapa supaya memantau dan memerhatikan pergerakan anak-anak mereka serta berharap pembukaan pusat aktiviti kanak-kanak di PPR dipercepatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619