NASIONAL

Kemenangan PH penting demi masa depan golongan muda - Anwar

12 Apr 2019, 3:32 PM
Kemenangan PH penting demi masa depan golongan muda - Anwar

SEREMBAN, 12 APR: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau esok penting demi masa depan golongan muda di kawasan tersebut, kata Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, banyak projek yang menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan akan dilaksanakan sekiranya calon PH, Dr S. Streram menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

“Ini adalah untuk faedah anak-anak kita dan generasi akan datang...Ini kamu kena fikir betul-betul masa depan golongan muda di negeri ini yang kebanyakan mereka tiada peluang pekerjaan,” katanya semasa sesi menziarahi masyarakat India di Taman Bunga Raya, Rantau, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden PKR itu meluangkan masa lebih kurang 45 minit melawat masyarakat India di Bandar Sri Sendayan selepas program Santai Sendayan bersama masyarakat sekitar dan solat Jumaat di Masjid Kariah Linsum.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R.Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619