GLOBAL

1,500 sukarelawan Indonesia hadir kempen Jokowi

7 Apr 2019, 11:40 PM
1,500 sukarelawan Indonesia hadir kempen Jokowi

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Kira-kira 1,500 sukarelawan Indonesia di negara ini, penyokong calon Presiden Joko Widodo diseru berusaha keras menjadikan Malaysia negara penyumbang "gol pertama” memenangkan Jokowi sebagai Presiden bagi penggal kedua dalam pilihan raya republik itu 14 April ini.

Seruan itu dibuat pasukan kempen Jokowi diketuai Sidarto Danusubroto dalam Program Temu Akhbar Relawan Malaysia yang berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Berucap di hadapan para sukarelawan terdiri daripada rakyat Indonesia yang bekerja dan tinggal di Malaysia, anggota pasukan itu meminta para sukarelawan bekerja keras memastikan kira-kira 1.2 juta pengundi yang mendaftar keluar mengundi memilih gandingan Jokowi dan calon Timbalan Presiden Ma'aruf Amin.

Pengundi2 luar negara akan mengundi pada Ahad depan.

Malaysia merupakan pengundi luar Indonesia yang paling ramai.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Pasukan Kempen Nasional, Laksamana Dr Marsetio dalam ucapannya menyenaraikan pencapaian Jokowi terutama dalam meningkatkan infrastruktur di negara itu termasuk jalan raya serta projek MRT di Jakarta dan LRT di Palembang sebagai bukti kepimpinan beliau dalam membangunkan sosio-ekonomi republik berkenaan.

Bertemakan Radikalisme Sebagai Ancaman Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) Pancasila, program hari ini turut disertai Menteri Koordinator Maritim, Jen Luhut Binsar Pandjaitan yang menyampaikan amanat menerusi sidang video. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619