GLOBAL

Pele semakin sihat

6 Apr 2019, 2:50 AM
Pele semakin sihat

RIO DE JANEIRO, 6 APRIL: Legenda bola sepak Brazil, Pele mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan mereka selepas beliau pulih daripada jangkitan salur kencing, lapor agensi berita China Xinhua.

Legenda berusia 78 tahun itu dimasukkan ke sebuah hospital di Perancis, pada Selasa selepas menghadiri satu majlis dengan pemain posisi penyerang Kelab Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.

"Terima kasih atas semua kasih sayang anda! Antibiotik yang diberikan berkesan dan ujian semuanya menghasilkan keputusan yang baik.

"Saya berasa lebih sihat, saya raa saya sudah sedia untuk bermain semula," katanya melalui Twitter.

Pele masih berada di hospital, namun media tempatan melaporkan bahawa bekas pemain penyerang Kelab Santos itu membuat persediaan untuk kembali ke Brazil bagi menjalani rawatan lanjut di Hospital Albert Einsteinl.

Satu-satunya pemain yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan menjaringkan 1,281 gol sepanjang kerjanya dalam 1,363 perlawanan, Pele dianggap sebagai pemain bola sepak terbaik dalam sejarah oleh ramai orang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berdepan pelbagai isu kesihatan.

Selain berdepan sakit pinggang dan komplikasi akibat pembedahan penggantian sendi pinggul, Pele dimasukkan ke hospital beberapa kali selepas mengalami masalah prostat dan buah pinggang. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619