NASIONAL

KWSP kredit RM9.51 juta insentif kerajaan ke dalam akaun skim I-Suri

5 Apr 2019, 7:09 AM
KWSP kredit RM9.51 juta insentif kerajaan ke dalam akaun skim I-Suri

KUALA LUMPUR, 5 APR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan sejumlah RM9.51 juta yang diluluskan kerajaan ke dalam akaun anggota Caruman Sukarela i-Suri bagi tahun 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata, jumlah tersebut merujuk kepada insentif RM40 sebulan yang dikreditkan kepada 49,857 pemegang akaun i-Suri yang telah membuat sumbangan minimum sebanyak RM5 setiap bulan.

"Anggota i-Suri boleh menyemak akaun mereka dalam talian melalui kiosk KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara mulai hari ini,” katanya.

Sebagai tambahan kepada insentif RM40 kerajaan itu, anggota i-Suri juga layak menikmati faedah yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan mereka, pengeluaran simpanan KWSP, faedah hilang upaya dan manfaat kematian.

Dana pencen ini juga menggalakkan lebih ramai suri rumah atau wanita yang menjadi ketua isi rumah dan tersenarai dalam sistem pangkalan data keluarga miskin (eKasih) untuk mendaftar i-Suri.

"Anggota KWSP boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan untuk melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619