BERITA UTAMA

Karnival 3W angkat tiga tema besar

30 Mac 2019, 5:19 AM
Karnival 3W angkat tiga tema besar
Karnival 3W angkat tiga tema besar

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KLANG, 30 MAC: Karnival Wellness, Welfare, Women (3W) anjuran Kerajaan Negeri kali ini mengangkat tiga tema utama daripada setiap aspek berkenaan, kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Katanya, di bawah aspek wanita, tema merayakan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu diangkat, dengan memfokuskan isu pencegahan keganasan dan jenayah terhadap golongan berkenaan.

"Untuk aspek kebajikan pula, tema Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac lalu diketengahkan pada karnival itu bagi melahirkan rasa empati dalam masyarakat kepada anak-anak istimewa.

"Untuk kesihatan, tema kita Hari Buah Pinggang yang disambut di peringkat antarabangsa, pada 14 Mac lalu. Kita sedar bahawa penyakit buah pinggang semakin meningkat dalam masyarakat," kata

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga itu.

Beliau ditemui media pada Karnival 3W di Kompleks Sukan Pandamaran Klang, di sini, hari ini.

Karnival yang bermula 8.30 pagi itu diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti 10,000 langkah sihat, demonstrasi makanan sihat, taklimat kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma dan persembahan daripada anak-anak istimewa.

Program sebelah malam pula akan menampilkan slot bual bicara dan persembahan hiburan oleh selebriti tanah air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619