NASIONAL

SKMM: Pengguna Facebook, Instagram dinasihat tukar kata laluan

24 Mac 2019, 11:50 PM
SKMM: Pengguna Facebook, Instagram dinasihat tukar kata laluan

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 25 MAC: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pengguna Facebook dan Instagram untuk menukar kata laluan jika menerima dalam format teks yang boleh dibaca oleh kakitangan dalaman Facebook.

Dalam kenyataannya, SKMM berkata, permasalahan itu berlaku ekoran pemeriksaan keselamatan rutin yang dijalankan Januari lalu.

"Menurut Facebook, kata laluan itu tidak boleh diakses oleh pihak luar dan sehingga kini tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa kata laluan terbabit telah disalahgunakan oleh kakitangan Facebook.

"Sebarang proses penukaran kata laluan perlu dibuat secara terus di aplikasi atau laman rasmi Facebook dan Instagram," katanya.

Pada masa sama, katanya, langkah itu penting dan berkemungkinan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memperdaya orang ramai melalui kaedah penipuan, penyamaran dan 'Phishing'.

"Justeru, bagi menangani permasalahan itu, SKMM turut memantau perkembangan lanjut serta berhubung rapat dengan pihak Facebook

untuk sebarang isu berbangkit," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619