NASIONAL

Jumlah pesakit akibat gas beracun ditahan di wad menurun

18 Mac 2019, 2:41 AM
Jumlah pesakit akibat gas beracun ditahan di wad menurun
Jumlah pesakit akibat gas beracun ditahan di wad menurun

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di wad dua hospital akibat pencemaran gas beracun di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang mencatatkan trend menurun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga jam 12 malam tadi, hanya 29 orang ditahan di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Sehingga 12 malam tadi, kita kendali 62 mangsa dalam wad di HSI dan HSA dengan kemasukan 29 mangsa yang baru, dan empat kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang diintubasi dan memerlukan rawatan bantuan penafasan.

"Walau bagaimanapun, tiada kes baru di ICU bagi hospital Kementerian Kesihatan (KKM)," tulisnya di laman Twitter, pagi tadi.

Pada 12 Mac lalu, seramai 125 mangsa ditahan di wad kedua-dua hospital.

Kemudian, 15 Mac lalu pula merekodkan 75 mangsa ditahan, dan yang terakhir 12 malam tadi hanya 29 mangsa ditahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619