SELANGOR

'Meet and Greet' bersama pemain Red Giants meriah

16 Mac 2019, 10:11 AM
'Meet and Greet' bersama pemain Red Giants meriah
'Meet and Greet' bersama pemain Red Giants meriah

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SABAK BERNAM, 16 MAC: Program 'Meet and Greet' bersama pemain bola sepak Selangor, di perkarangan Stadium Sungai Besar, di sini, mendapat sambutan baik warga Sabak Bernam.

Program di bawah Jelajah 360° Smart Selangor itu membawakan dua pemain Red Giants, iaitu Amri Yahya dan Taylor Regan.

Selain beramah mesra, pengunjung juga berpeluang menimbang bola di hadapan kedua-dua pemain itu dan bergambar serta mendapatkan tandatangan mereka.

Sementara itu, Amri berkata, program terbabit perlu dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana dapat mengeratkan silaturahim antara pemain dan peminat.

"Alhamdulillah, ramai yang datang program hari ini. Saya harap ia akan diteruskan pada masa akan datang, kerana dapat mengeratkan silaturahim bersama penduduk," katanya.

Jelajah 360° Smart Selangor adalah inisiatif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor bertujuan mendokong aspirasi Kerajaan Negeri menjadi negeri pintar (Smart State).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619