NASIONAL

SKMM: Henti sebar video serangan Christchurch

15 Mac 2019, 8:37 AM
SKMM: Henti sebar video serangan Christchurch

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 MAC: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang awam supaya tidak berkongsi atau menyebarkan rakaman video berhubung kejadian tembakan yang berlaku di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand.

SKMM berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang situasi panik dan marah dalam kalangan masyarakat.

"Orang ramai juga diminta untuk menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa terlibat.

"SKMM juga akan bekerjasama denga penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan.

"Kita memandang serius perkara ini dan sebarang pihak terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.

Tegas SKMM, sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Terdahulu, seramai 49 orang maut dan lebih 20 lagi cedera dalam serangan di dua buah masjid di sini ketika umat Islam bersiap untuk solat Jumaat, lapor CNN.

Dalam kejadian jam 1.40 petang (8.40 pagi waktu Malaysia), dua warga Malaysia tercedera dalam insiden mengejutkan itu, kata Wisma Putra dalam kenyataan petang ini.

Namun, setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam serangan di masjid Al-Noor dan Linwood.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619