BERITA UTAMA

Rakyat Malaysia cedera dalam tembakan di masjid Christchurch

15 Mac 2019, 4:51 AM
Rakyat Malaysia cedera dalam tembakan di masjid Christchurch

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Seorang rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Menurut akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital.

"Seperti yang dilaporkan, terdapat insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch pada pukul 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia) hari ini.

"Suruhanjaya Tinggi kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai mangsa.

"Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di sebuah hospital," menurut tweet itu.

Satu lagi tweet oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyebut mangsa kini dalam keadaan stabil dan isterinya sudah dihubungi.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi juga meminta rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu dan memerlukan bantuan agar menghubungi mereka di talian +64210440188 atau mwwellington@kln.gov.my.

Menurut laporan, polis di New Zealand mengesahkan beberapa kematian dalam insiden tembakan di dua buah masjid di bandar Christchurch.

"Seorang telah ditahan, bagaimanapun polis percaya bahawa mungkin terdapat pesalah lain.... Ini adalah satu insiden yang sedang berlaku dan kami berusaha untuk mengesahkan fakta ini…," kata Polis New Zealand melalui akaun Twitter.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619