NASIONAL

Ahmad Idham dilantik CEO baharu FINAS

14 Mac 2019, 3:01 AM
Ahmad Idham dilantik CEO baharu FINAS

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 14 MAC: Pengarah dan pelakon terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, pelantikan itu bagi tempoh dua tahun dan mula berkuat kuasa 11 Mac lalu.

Katanya, keputusan dibuat hasil keputusan Lembaga FINAS berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku, Shakib Ahmad Shakir, yang sudah menjalankan tugas empat bulan lalu.

"KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mengucapkan terima kasih kepada Shakib untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugas sebagai pemangku jawatan itu.

"Kementerian optimis CEO baharu iaitu Ahmad Idham akan berkhidmat sebaiknya untuk meningkatkan usaha FINAS bagi membangunkan industri ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Gobind berharap Ahli Lembaga FINAS akan memberi kerjasama penuh kepada CEO baharu dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.

Ahmad Idham adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA dan mempunyai kepakaran serta pengalaman luas dalam industri kreatif selama lebih 25 tahun, selain pernah mencatat rekod juga menerima pelbagai anugerah dalam dan luar negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619