Pindaan akta Finas selaras perkembangan pesat teknologi dan industri kreatif

2 Dis 2025, 12:15 PM
Pindaan akta Finas selaras perkembangan pesat teknologi dan industri kreatif
Pindaan akta Finas selaras perkembangan pesat teknologi dan industri kreatif
Pindaan akta Finas selaras perkembangan pesat teknologi dan industri kreatif

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu kekal relevan susulan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan merangkumi tiga skop utama iaitu pembangunan industri, tadbir urus serta pemantapan fungsi dan penguatkuasaan itu juga sejajar dengan perkembangan industri kreatif negara yang kini berada di titik tertinggi menerusi penghasilan filem pecah panggung terbanyak dalam tempoh 40 tahun.

Beliau berkata dalam aspek ekonomi, pindaan Akta 244 dan Dasar Filem Negara 2025 akan mengiktiraf industri itu sebagai pemacu penting dalam ekonomi kreatif serta penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib. Foto BERNAMA

“Bagi tempoh 10 tahun akan datang, industri filem, kreatif dan sebagainya adalah antara industri penting bagi menjana ekonomi negara... contohnya, lesen pawagam sahaja menjana hasil hampir RM2 bilion setahun,” katanya pada sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) Finas (Pindaan) 2025 di sini hari ini.

Azmir Saifuddin juga berkata pindaan itu tidak menyekat kreativiti sebaliknya melindungi pekerja industri kreatif dan aktiviti pembikinan filem serta kandungan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching membentangkan RUU itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 27 Nov lepas dan bacaan kali kedua dijangka esok.

Antara lain, RUU berkenaan bertujuan mengubah keanggotaan perbadanan itu bagi mengemas kini keanggotaannya mengikut keperluan semasa termasuk meniadakan jawatan Timbalan Pengerusi dan meluaskan kuasa Finas untuk menyediakan latihan berkaitan perusahaan filem.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619