GLOBAL

FAA: 'Tiada asas' gantung khidmat Boeing 737 Max 8

13 Mac 2019, 11:52 PM
FAA: 'Tiada asas' gantung khidmat Boeing 737 Max 8

ATLANTA, 14 MAC: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat terus bertegas "tiada asas" untuk melarang penggunaan pesawat model Boeing 737 Max 8 yang terhempas di Ethiopia, baru-baru ini.

Pemangku pentadbir FAA, Daniel K Elwell berkata, semakan pihaknya mendapati tiada masalah prestasi sistematik pesawat model berkenaan, lapor portal CNN.

Sejak nahas 10 Mac lalu, semakin banyak negara termasuk Kesatuan Eropah, China, India dan Malaysia menggantung penggunaan pesawat Boeing yang paling laris itu di negara masing-masing.

Pesawat baru Ethiopian Airlines model Boeing 737 Max 8 terhempas sejurus berlepas dari Addis Ababa dalam penerbangan menuju Nairobi, lalu membunuh kesemua 157 penumpang.

Nahas itu berlaku kira-kira lima bulan selepas tragedi pesawat Lion Air model Boeing 737 Max 8 di laut Jawa yang mengorbankan 189 orang sejurus setelah berlepas dari Jakarta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619