SELANGOR

Terjemah bakat kreatif menerusi Bengkel Soft Pastel

13 Mac 2019, 10:48 AM
Terjemah bakat kreatif menerusi Bengkel Soft Pastel

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 13 MAC: Orang ramai yang berminat diminta tampil menterjemahkan bakat kreatif mereka menerusi Bengkel Soft Pastel (Volume1) di Rumah Seni Selangor (RusSel), pada 23 Mac ini.

Bengkel seni itu turut menampilkan Amir Street Artist yang juga pelukis pakar dalam teknik 'soft pastel grey tone'.

Pada bengkel terbabit, Amir turut berkongsi teknik dan cara menghasilkan lukisan 'soft pastel grey tone' yang cantik.

Bengkel percuma itu akan diadakan mulai jam 9.30 pagi hingga 3 petang.

Selain itu, peserta digalakkan membawa set pastel grey sendiri.

Manakala, easel, papan lukis dan kertas akan disediakan pihak penganjur.

Untuk mereka yang berminat atau ingin mengetahui lebih jelas berkenaan bengkel itu, boleh hubungi Zulkiflee (012-5691186) atau Amir (017-2971548).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619