SELANGOR

Jom sertai Bengkel Ilustrasi di RUsSEL

8 Jan 2019, 6:01 AM
Jom sertai Bengkel Ilustrasi di RUsSEL
Jom sertai Bengkel Ilustrasi di RUsSEL

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 JAN: Persatuan Seni Lukis Apa Saja (LUAS) mengajak masyarakat menyertai Bengkel Ilustrasi di Rumah Seni Selangor (RUsSEL), pada 27 Januari ini .

Bertemakan 'Berjuang Untuk Seni, Bertempur Dengan Bakat', bengkel itu bertujuan mengasah bakat dan kreativiti seseorang untuk menjadi lebih kreatif.

Dengan yuran pendaftaran RM100 (termasuk sarapan dan makan tengah hari), bengkel itu berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Ia juga terbuka kepada golongan belia berusia antara 15 hingga 35 tahun yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia seni.

Menariknya, ia turut menampilkan guru berpengalaman luas dalam bidang seni antaranya Illustrator di Sweat & Revenge Studio, Riharu Harun dan Artis Doodle & Pengasas Doodict, Zami Musa.

Menerusi bengkel itu, peserta turut diasah dengan lima jenis pembelajaran antaranya "How To Actually Begin"; "Let's Start With Doodle"; "Redefine Skill", "Learn How to Think Like an Artist" dan "Find Your Own Voice".

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Orkid di talian 017-3799774 atau layari Facebook atau Instagram rumahseniselangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619