SELANGOR

Jelajah 360° Smart Selangor di Sabak Bernam Sabtu ini

12 Mac 2019, 9:11 AM
Jelajah 360° Smart Selangor di Sabak Bernam Sabtu ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 MAC: Jelajah 360° Smart Selangor mula membuka tirai bagi tahun ini di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam bermula Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, selain Sabak Bernam, jelajah berkenaan akan diadakan di Kajang, Klang dan Selayang.

Katanya, pihaknya menyasarkan ratusan ribu pengunjung ke sepanjang program berkenaan diadakan.

"Jika penutup jelajah ini pada tahun lalu di Morib kita mendapat 70,000 pengunjung, maka tahun ini kita berharap kita menerima ratusan ribu penduduk hadir.

"Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendekatan secara terus kepada rakyat Selangor berkenaan agenda Kerajaan Negeri dan sekali gus, mempromosikan aspirasi Smart Selangor.

"Kita mahu rakyat di negeri ini bukan hanya membaca berkenaan inisiatif ini sebaliknya merasai sendiri apa itu Smart Selangor untuk bersama-sama dengan kita," katanya.

Pelbagai aktiviti menarik bermula dari pagi hingga malam antaranya trak VR Smart Selangor, Smart Selangor Mobile Library dan i-station, pameran agensi kerajaan dan penerangan Inisiatif Peduli Rakyat.

Turut diadakan meet and great pemain FA Selangor, bazaria, pertandingan busker, pertandingan futsal, sukaneka rakyat dan autoshow.

Ia dimeriahkan juga dengan konsert lagenda rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip, selain beberapa artis lain, Sandra Dianne, Kucaimars, Sabhi Sadhi, Baby Shima, Ippo Hafiz dan Sheryl Shazwani.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619