BERITA UTAMA

MB ucap syabas Air Selangor terima anugerah

12 Mac 2019, 3:44 AM
MB ucap syabas Air Selangor terima anugerah
MB ucap syabas Air Selangor terima anugerah

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 12 MAC: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, mengucapkan syabas kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) kerana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 (kategori kemudahan air).

Katanya, dengan anugerah itu, ia akan menjadi pemangkin kepada Air Selangor dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada pengguna.

"Syabas kepada Air Selangor, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 (kategori kemudahan air).

"Saya berharap ini akan menjadi pemangkin buat Air Selangor dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada pengguna," tulisnya dalam Twitter, pagi tadi.

Air Selangor melalui pejabat Wilayah Gombak dipilih sebagai pemenang dalam anugerah anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) itu.

Anugerah terbabit bertujuan mengiktiraf organisasi yang mempamerkan rekod pencapaian cemerlang dalam melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di tempat kerja.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619