SELANGOR

MPK saran PeBT laksana program sukan & ekonomi

8 Mac 2019, 2:39 AM
MPK saran PeBT laksana program sukan & ekonomi
MPK saran PeBT laksana program sukan & ekonomi

OLEH UMIRAH IZRIN

KLANG, 8 MAC: Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Majlis Perbandaran Klang (MPK) disaran melaksanakan program berasaskan sukan dan ekonomi.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, aktiviti sukan dan ekonomi seperti jualan kraftangan, batik dan pameran mampu menyatupadukan belia.

"Justeru, PeBT bertindak sebagai medium Kerajaan Negeri dan MPK kepada belia bagi melaksanakan sebarang aktiviti.

"PeBT merupakan landasan terbaik menarik golongan muda sekali gus, melahirkan belia yang berwibawa dan bermatlamat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Semarak Kasih Penghargaan Ahli Majlis dan PeBT 2019 di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya sedia membantu PeBT melalui pelbagai bantuan fasiliti jika diperlukan.

Terdahulu, seramai 24 Ahli Majlis Perbandaran Klang dan 21 ahli PeBT melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

IBR julung kali diadakan bagi memupuk sifat tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan amanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619