BERITA UTAMA

MPK komited perangi rasuah, kekalkan integriti

8 Mac 2019, 2:32 AM
MPK komited perangi rasuah, kekalkan integriti
MPK komited perangi rasuah, kekalkan integriti
MPK komited perangi rasuah, kekalkan integriti

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 8 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) komited memerangi gejala rasuah sekali gus berjaya mengekalkan integriti dalam kalangan kakitangannya.

Yang Dipertuanya, Dato' Mohd Yasid Bidin berkata, sejak melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dua tahun lalu, tiada lagi kes membabitkan rasuah berlaku dalam kalangan kakitangannya.

"Setakat IBR dilaksanakan pada 2016 sudah tiada kes rasuah berlaku cuma hanya satu kes membabitkan tohmahan dan belum mempunyai keputusan sama ada betul atau tidak.

"Berdasarkan tempoh dua tahun, kita lihat belum ada yang dijatuhkan hukuman atau dipenjara, namun siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) itu tetap dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas Program Semarak Kasih Penghargaan Ahli Majlis dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Dewan Hamzah, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah SPRM Selangor, Dato' Alias Salim; Orang Besar Daerah Klang, Dato' Abdul Ghani Pateh Akhir; dan Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Pada majlis sama turut diadakan bacaan IBR membabitkan 24 Ahli Majlis MPK serta 21 PeBT sambil disaksikan Mohd Yasid, Alias Salim dan Abdul Ghani.

Sementara itu, Mohd Yasid berkata, bacaan IBR itu adalah julung kali diadakan memandangkan ia adalah yang pertama membabitkan PeBT.

"Ini adalah inisiatif MPK supaya setiap individu menandatangani IBR lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul.

"Selain itu, saya optimis anda semua dapat menjauhkan diri daripada sebarang salah laku perlakuan rasuah selama memegang jawatan ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619