NASIONAL

Unit pemantau isu hina Islam beroperasi 24 jam ditubuh

7 Mac 2019, 7:34 AM
Unit pemantau isu hina Islam beroperasi 24 jam ditubuh

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 MAC: Satu unit khas di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan bagi memantau penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di semua landasan termasuk media sosial.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, unit itu akan menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam sebelum membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Media Malaysia (SKMM).

"Meskipun JAKIM sebelum ini mempunyai Unit Kawalan Media di bawah Bahagian Penyelidikan JAKIM berfungsi memantau isu agama untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa khususnya SKMM, namun saya lihat perkara itu tidak memadai dan ia perlu diperkemaskan dengan lebih tegas supaya pemantauan secara 24 jam dapat dilakukan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mujahid berkata, orang ramai juga disarankan membuat aduan menerusi aplikasi WhatsAap ke talian hotline 011-22334455 atau emel ke aduan@islam.gov.my sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau aduan yang menyentuh isu terbabit.

Beliau juga berharap supaya semua pihak dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara.

Katanya, sebagai Menteri Agama, beliau tidak akan sesekali berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

"Saya percaya, pihak berkuasa sudah melakukan tindakan sewajarnya untuk mengatasi isu ini.

"Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak bersalah mesti dijatuhkan hukuman setimpal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619