SELANGOR

Kemudahan TVET tarik golongan muda cebur industri aeroangkasa

25 Feb 2019, 8:40 AM
Kemudahan TVET tarik golongan muda cebur industri aeroangkasa

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 25 FEB: Kemudahan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah langkah terbaik mengatasi masalah kurang penyertaan golongan muda dalam industri aeroangkasa.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri memperuntukan RM25 juta bagi membangunkan sumber tenaga manusia berkemahiran melalui Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

"Sejak tahun lalu, kita telah memperkenalkan latihan TVET di bawah Kerajaan Negeri.

"Antara rakan kerjasama adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memberi latihan TVET, sekali gus menarik golongan muda terbabit dan partisipasi dalam industri aeroangkasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Invest Selangor Berhad dan UMW Development Sdn Bhd di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri turut membentangkan lebih 30 pelan tindakan bagi memajukan industri aeroangkasa merangkumi pemerkasaan TVET.

Beliau berkata, dengan pelan tindakan itu, industri aeroangkasa di Selangor akan lebih dipandu tepat ke arah sasaran.

"Antara sasarannya adalah penambahan pekerja, syarikat dan jumlah kitaran peniaga," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619