SELANGOR

MB cari solusi terbaik sedia ruang industri aeroangkasa

2 Jul 2019, 8:32 AM
MB cari solusi terbaik sedia ruang industri aeroangkasa

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 JUL: Kerajaan Negeri masih berbincang dengan pihak berkaitan termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mencari solusi terbaik untuk menyediakan ruang serta keperluan mewujudkan industri aeroangkasa.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, secara asasnya jumlah tanah di Selangor amat terhad dan keperluan yang diperlukan pelabur agak tinggi.

"Memandangkan keperluan ini sangat perlu dalam industri, jadi beberapa cadangan mereka masih dibincangkan dan kita akan mengemukakan cadangan baharu jika mereka setuju.

"Jika ia berjaya dicapai, maka Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara menawarkan khidmat terbabit sekiranya ia menjadi kenyataan.

"Ini membabitkan pelaburan yang banyak, justeru kita mahu memastikan situasi menang-menang dan mampu menjalankan operasi yang baik selain mewujudkan pelaburan tinggi serta peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Invest Selangor Berhad di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri kini dalam proses perbincangan dengan pengeluar pesawat terkemuka Eropah, Airbus bagi meneroka peluang mengembangkan industri aeroangkasa dalam sektor perkhidmatan merungkas pesawat dan komponennya di negeri ini.

Katanya, perbincangan dijangka berlangsung untuk tempoh sekurang-kurangnya lapan bulan atau lebih sebelum sebarang perkara diputuskan.

“Pada masa ini, kami masih dalam proses mengenal pasti lokasi sesuai yang perlu berhampiran dengan landasan kapal terbang khususnya di Sepang dan Subang.

“Apa yang saya boleh kata, di Selangor kita hampir lengkap dengan ekosistem dengan adanya penerokaan ini," katanya.

FOTO: REMY ARIFIN (SELANGORKINI)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619