SELANGOR

MB: Semua pihak perlu bekerjasama jaya industri aeroangkasa

25 Feb 2019, 7:12 AM
MB: Semua pihak perlu bekerjasama jaya industri aeroangkasa

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 25 FEB: Kerajaan Negeri mahu semua pihak bekerjasama bagi mencapai sasaran memperoleh RM175 bilion pendapatan industri aeroangkasa menjelang 2030.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, piha berkaitan seperti institusi pengajian tinggi, pusat latihan, sektor swasta dan sebagainya harus bergabung bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menjayakan sasaran itu.

"Universiti dan pusat latihan diperlukan bagi menyediakan tenaga kerja dan modal insan, manakala syarikat swasta mewujudkan ekosistem.

"Kerajaan Negeri pula sedikit sebanyak akan memudahkan proses pendaftaran syarikat dan kapal terbang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Invest Selangor Berhad dan UMW Development Sdn Bhd di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, masih ada banyak lagi ruang yang boleh diteroka bagi membangunkan industri aeroangkasa di Selangor.

Terdahulu, Selangor turut mensasarkan menjadi tiga hab aeroangkasa terbaik dalam usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619