NASIONAL

"Hadi lagakan saya dengan Tun M untuk tutup isu RM90 juta"

24 Feb 2019, 7:51 AM
"Hadi lagakan saya dengan Tun M untuk tutup isu RM90 juta"

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 24 FEB: PAS didakwa mengambil kesempatan melagakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menutup isu RM90 juta yang diterima daripada Umno.

Bagaimanapun, Anwar berkata, percubaan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak memberi kesan kepada hubungan baik beliau dan Dr Maharhir.

"Saya ambil keputusan, saya bagi sokongan penuh kepada Tun sebab tak mahu ganggu kerja dia tetapi Hadi kata, kononnya ada komplot nak jatuhkan Tun Mahathir, dalangnya Anwar.

"Apa ini, kamu Islam jangan fitnah orang, saya bukan orang yang begitu sebab kalau saya lawan, saya lawan betul, secara terang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, di Taman Sri Jenaris, di sini, malam tadi.

Katanya, sebelum ini Abdul Hadi mendakwa Dr Mahathir adalah seorang yang tidak layak diangkat sebagai Perdana Menteri sebelum mengubah pendiriannya dan melagakan kedua pihak.

"Saya nak nasihatkan kepada Haji Hadi, jangan main politik. Kalau ada bukti silakan," katanya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619