NASIONAL

JAKIM sedia bantu KKM perluas perkhidmatan kesihatan

20 Feb 2019, 7:54 AM
JAKIM sedia bantu KKM perluas perkhidmatan kesihatan

PUTRAJAYA, 20 FEB: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersedia menjadi pemudah cara kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memperluaskan program perkhidmatan kesihatan kepada sekolah agama berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, program itu memberi manfaat kepada 83,252 murid di 92 Sekolah Agama Negeri dan 135 Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.

"Mereka bakal menerima perkhidmatan pendidikan kesihatan, imunisasi, pemeriksaan kesihatan, rawatan dan rujukan sekiranya diperlukan mengikut tahap umur persekolahan seperti yang diterima murid di sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

"Ini adalah suatu perkhidmatan yang cukup berharga bagi murid-murid sekolah agama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, KKM membentangkan cadangan pelaksanaan program itu pada Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) kali ke-108 yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, semalam.

Mohamad Nordin berkata, antara objektif program itu adalah untuk memastikan sekolah berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri diklasifikasikan sebagai sekolah berjadual.

Ia bagi membolehkan sekolah tersebut mendapat perkhidmatan kesihatan sekolah tanpa dikenakan caj fi.

Katanya, buat masa ini belum ada badan khusus yang menyelaras dan mengurus penyampaian perkhidmatan kesihatan untuk murid di sekolah agama sekali gus menimbulkan kesukaran kepada KKM untuk mengenal pasti sekolah agama yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Mohamad Nordin berkata, sebuah Jawatankuasa Bersama Kesihatan di peringkat kebangsaan dan negeri perlu ditubuhkan bagi membincangkan dengan teliti peranan pelbagai pihak yang terlibat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619