BERITA UTAMA

CSR MBI tumpu 10 teras bantu rakyat

18 Feb 2019, 4:22 AM
CSR MBI tumpu 10 teras bantu rakyat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 FEB: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor akan meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memastikan peruntukan RM49.7 juta, pada 2019 sampai ke kumpulan sasaran.

Ketua Pegawai CSRnya, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, program bagi tujuan itu akan dilaksanakan seperti tahun sebelumnya selaras gerak kerja pejabat Dato' Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.

"Kita menumpukan kepada 10 teras program antaranya pendidikan, masjid dan surau, bantuan keperluan asas dan sara hidup, perayaan dan keagamaan serta pembangunan dan kecemerlangan sukan.

"Selain itu, program kita turut membabitkan perumahan, agensi kerajaan dan anak syarikat Kerajaan Negeri, sumbangan penyakit kronik, program pembangunan masyarakat serta program khas.

"Semua program ini akan kita lakukan selaras peningkatan peruntukan hampir RM50 juta berbanding RM31 juta tahun lalu," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, setakat ini hampir RM2 juta sudah dibelanjakan membabitkan program pendidikan, bantuan masjid serta surau yang disalurkan semasa program turun padang Jelajah Maju Bersama.

Katanya, beberapa program lawatan membabitkan pelajar Selangor di luar negara turut dirancang bagi membolehkan mereka menerima manfaat daripada pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619