BERITA UTAMA

Muhammad Aiman jaguh muda PAKATAN di Semenyih

14 Feb 2019, 12:51 PM
Muhammad Aiman jaguh muda PAKATAN di Semenyih

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 14 FEB: Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Hulu Langat, Muhammad Aiman Zainali diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PAKATAN), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Perkara itu diumumkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada majlis pengumunan calon dan pelancaran jentera PRK N.24 DUN Semenyih, di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN di sini hari ini.

Majlis itu turut dihari Dato' Menteri Besar merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Amirudin Shari; Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan beberapa barisan kepimpinan PAKATAN peringkat pusat juga negeri.

Muhammad Aiman, 30, adalah anak jati Semenyih dan mula terbabit dalam politik bersama BERSATU, sejak parti itu ditubuhkan pada 2017.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik kelas pertama dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kini sedang melanjutkan pengajian ijazah doktor falsafah dalam bidang sama, di universiti yang sama.

Terdahulu, Muhyiddin ketika membuat pengumuman berkata, calon dipilih sudah menjalani pelbagai tapisan rekod membabitkan jenayah, muflis dan bebas rasuah.

"Kita mahukan calon bersih, mampu membantu rakyat Semenyih yang boleh beri kita kemenangan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619