GLOBAL

Jerman perlu 260,000 pendatang baharu setiap tahun penuhi keperluan tenaga kerja

13 Feb 2019, 2:12 AM
Jerman perlu 260,000 pendatang baharu setiap tahun penuhi keperluan tenaga kerja

BERLIN, 13 FEB: Jerman memerlukan sekurang-kurangnya 260,000 pendatang baharu setiap tahun sehingga 2060 bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja yang disebabkan oleh kemerosotan demografi, lapor agensi berita China, Xinhua memetik satu kajian terbitan Yayasan Bertelsmann pada Selasa.

Daripada jumlah itu, kira-kira 146,000 orang akan berhijrah dari negara di luar Kesatuan Eropah, menurut laporan kajian terbabit.

Kajian itu turut mengambil kira potensi penduduk tempatan.

Penyelidik menganggap akan terdapat kadar kelahiran yang lebih tinggi pada masa depan selain lebih ramai golongan wanita dan orang tua dalam pasaran buruh.

Bagaimanapun, keperluan tenaga kerja mahir tidak dapat dipenuhi secara domestik.

Ia juga melihat bagaimana digitalisasi akan menjejaskan keperluan imigrasi.

Pasaran buruh yang semakin didigitalkan memerlukan pekerja yang tidak ramai sebaliknya lebih ramai pekerja mahir dengan kelayakan yang tinggi seperti juruteknik dan ahli akademik.

Jorg Drager, Pengerusi Yayasan Bertelsmann, menyatakan dalam penerbitan kajian itu "Migrasi adalah kunci kejayaan masa depan. Jerman memerlukan pekerja mahir termasuk mereka yang berasal dari wilayah di luar Eropah."

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619