BERITA UTAMA

Perayaan ingatkan kepentingan sebuah keluarga - Sultan Selangor

5 Feb 2019, 9:08 AM
Perayaan ingatkan kepentingan sebuah keluarga - Sultan Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 5 FEB : Sambutan penuh tradisi sempena Tahun Baru Cina pastinya mengingatkan seseorang betapa pentingnya nilai sebuah keluarga dalam dunia yang semakin moden hari ini.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, semoga sambutan kali ini membawa kehidupan semua ke arah lebih baik.

"Sama seperti menyalakan lampu ataupun tanglung bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, beta berharap supaya tahun baru ini memberikan anda harapan baru, impian dan aspirasi.

"Paling penting, marilah menyambut perayaan kali ini dengan penuh kegembiraan dan ceria sambil meraikan kepelbagaian dengan aman dan harmoni.

"Beta dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin ingin mengucapkan supaya semua rakyat mendapat kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki berterusan, Selamat Tahun Baru Cina," titah baginda melalui perutusan sempena Tahun Baru Cina.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619