BERITA UTAMA

MB teruskan tradisi ziarah kaum Cina

5 Feb 2019, 4:32 AM
MB teruskan tradisi ziarah kaum Cina
MB teruskan tradisi ziarah kaum Cina
MB teruskan tradisi ziarah kaum Cina

OLEH NADIAH ZAMLUS

BATU CAVES, 5 FEB: Tradisi menziarahi masyarakat Cina sepanjang Sambutan Tahun Baharu Cina sudahpun dilakukan Amirudin Shari sebelum memegang jawatan Dato' Menteri Besar lagi.

Amirudin berkata, beliau mahu tradisi itu dilakukan tanpa mengira batas kaum mahupun agama.

"Sebagaimana perayaan Hari Raya, Deepavali atau sebagainya, saya akan menziarahi rakan-rakan saya di sekitar Gombak dan Batu Caves.

"Semoga sambutan kali ini berlangsung dengan aman dan baik sama seperti tahun-tahun lalu," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi rumah Setiauasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Samudera Utama, Dave Lee Kean Aun, di sini, pagi tadi.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu turut menziarahi beberapa rumah aktivis masyarakat lain termasuk di Kampung Laksamana dan juga Selayang.

Turut serta dalam sesi turun padang bersama masyarakat itu ialah isteri Dato' Menteri Besar, Masdiana Muhamad serta kesemua anaknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619