NASIONAL

Fenomena Vorteks Kutub, semua pelajar Malaysia di Midwest disah selamat

1 Feb 2019, 3:48 AM
Fenomena Vorteks Kutub, semua pelajar Malaysia di Midwest disah selamat

PUTRAJAYA, 1 FEB: Education Malaysia Chicago mengesahkan semua pelajar Malaysia di sekitar Midwest, Amerika Syarikat selamat berikutan keadaan cuaca sejuk melampau yang jarang berlaku di wilayah terbabit, dikenali sebagai fenomena Vorteks Kutub.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, Education Malaysia Chicago akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan menasihatkan pelajar supaya sentiasa berada di kawasan selamat dan tertutup sepanjang tempoh cuaca sejuk melampau itu.

KPM berkata, fenomena Vorteks Kutub membawa angin sejuk melampau menyebabkan suhu menurun sehingga -53 darjah Celsius dan berpotensi mengancam keselamatan dan nyawa.

"Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang terkena reput fros jika terdedah di tempat terbuka selama 10 minit.

"Education Malaysia Chicago akan terus memantau kebajikan dan keselamatan pelajar Malaysia di sekitar Midwest melalui persatuan pelajar Malaysia di universiti dan institusi berkenaan, khususnya sepanjang tempoh keadaan cuaca sejuk melampau terbabit.

"Pihak berkuasa di Illinois telah mengeluarkan perintah darurat bagi mengawal keadaan dan bagi mengurangkan perkara tidak diingini daripada berlaku," katanya.

KPM berkata, kebanyakan syarikat dan premis perniagaan mengarahkan pekerja mereka bekerja dari rumah, selain banyak sekolah dan institusi pendidikan ditutup.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619