NASIONAL

KPWKM: Tiada arahan perintah berkurung, mesej tular palsu

21 Jan 2019, 8:55 AM
KPWKM: Tiada arahan perintah berkurung, mesej tular palsu

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menjelaskan ia tidak mengeluarkan sebarang arahan berkaitan perintah berkurung remaja di bawah umur 18 tahun.

Merujuk kepada mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kementerian itu meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara.

Menerusi perkongsian di laman Twitter dan Facebook, KPWKM memuat naik 'tangkap skrin' mesej tular itu yang berbunyi: "Mulai malam ini (berkuat kuasa serta-merta) adik-adik di bawah umur 18 tahun (13-16) tidak dibenarkan berada di luar kawasan rumah melebihi jam 10 malam, manakala yang berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di luar dari kawasan rumah melebihi jam 8 malam kecuali hal yang tidak dapat dielakkan. - Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat."

Sehubungan itu, KPWKM memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius cadangan mengadakan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun bagi mengelakkan mereka terbabit dalam gejala dadah, seperti dilaksanakan di Iceland.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619