NASIONAL

Program 'Diversion' elak kanak-kanak ditahan - Wan Azizah

8 Nov 2018, 4:14 AM
Program 'Diversion' elak kanak-kanak ditahan - Wan Azizah
Program 'Diversion' elak kanak-kanak ditahan - Wan Azizah

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang melaksanakan projek perintis 'Diversion' bagi tujuan mengelakkan pesalah jenayah kanak-kanak dari terus ditahan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia adalah sistem 'pengalihan' melibatkan kanak-kanak terlibat jenayah ringan daripada terus dihukum sistem kehakiman sedia ada.

"Melaluinya kanak-kanak terlibat akan menjalani modul intervensi khas mengikut jenis kesalahan dan latar belakang mereka.

"Modul itu merangkumi kaunseling, khidmat masyarakat, pembayaran ganti rugi atau membaikpulih kerosakan yang dilakukan.

"Mengikut modul ini, kanak-kanak ini juga tidak akan ditahan," katanya dalam sidang media selepas sesi lawatan ke Sekolah Tunas Bakti (L) Sungai Besi (STBSB), hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, ini kerana ada kanak-kanak yang mengalami kesan psikologi buruk setelah melalui proses perundangan sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah kecil.

"Inisiatif 'diversion' ini akan dipertimbangkan untuk dilaksana sekali gus menjadi alternatif rehabilitasi.

"Saya percaya dan yakin anak-anak ini mampu mengubah nasib mereka dan menjadi insan atau pemimpin di masa depan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619