GLOBAL

Serangan militan Islam punca 10 anggota pengaman PBB terbunuh

21 Jan 2019, 7:30 AM
Serangan militan Islam punca 10 anggota pengaman PBB terbunuh

MALI, 21 JAN: Sepuluh anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan terbunuh dan sekurang-kurangnya 25 lagi cedera dalam serangan ke atas kem PBB di utara Mali, semalam.

Sumber Berita Al Akhbar melaporkan, insiden terbabit disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku terhadap misi PBB di negara Afrika Barat dengan pihak militan Islam Al Qaeda di Maghreb Islamik (AQIM) mengaku bertanggungjawab.

Reaksi ditunjukkan ke atas perkara itu dikatakan sebagai tidak berpuas hati dengan kawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Chad.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan berlaku ke atas kem di Aguelhok dalam rantau Kidal dan mendesak penyerang dibawa ke muka pengadilan.

"Sepuluh anggota pengaman dari Chad terbunuh dan sekurang-kurangnya 25 lagi cedera," kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric, lapor AFP.

Sumber rapat misi Misi Kestabilan Integrasi Pelbagai Dimensi PBB di Mali (MINUSMA) berkata, serangan terbabit berlaku awal pagi semalam di pangkalan Aguelhok, 200 kilometer di utara Kidal, menuju ke sempadan Algeria.

Dujarric tanpa merujuk jumlah kematian sebenar berkata, MINUSMA memberi tentangan sengit dan sejumlah besar kumpulan penyerang berjaya dibunuh.

Wakil PBB ke Mali, Mahamat Saleh Annadif pula berkata, pihaknya menyifatkan apa berlaku sebagai ganas dan satu jenayah serta mengutuk serangan itu.

"Pasukan pengaman MINUSMA di Aguelhok berdepan satu serangan canggih oleh militan yang datang dengan beberapa kenderaan bersenjata," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619