AGENDA

PBB: Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza

11 Jan 2025, 10:21 AM
PBB: Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza

NEW YORK, 10 JAN: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa pihak berkuasa pndudukan Israel terus menghalang bantuan penting daripada sampai kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

"OCHA melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel terus menafikan usaha yang diketuai PBB untuk menyampaikan bantuan penting ke wilayah utara Gaza. Ini termasuk percubaan terbaru hari ini," menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

"Di seluruh Gaza semalam, hanya 10 daripada 21 pergerakan kemanusiaan yang dirancang PBB telah difasilitasi oleh pihak berkuasa Israel. Tujuh dinafikan secara terang-terangan, tiga dihalang, dan satu dibatalkan atas alasan keselamatan dan cabaran logistik," katanya.

Organisasi PBB itu menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai "kesan bekalan bahan api yang semakin berkurangan terhadap perkhidmatan penting di Gaza."

"Penyedia telekomunikasi Palestin kini memberi amaran bahawa perkhidmatan mereka mungkin terpaksa dihentikan esok akibat kekurangan bahan api," menurut laporan itu.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619