NASIONAL

Kementerian Pertahanan nafi abai kebajikan veteran ATM

17 Jan 2019, 3:25 AM
Kementerian Pertahanan nafi abai kebajikan veteran ATM

OLH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 JAN: Kementerian Pertahanan menafikan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diabaikan, walaupun pentadbiran kerajaan berubah di bawah Pakatan Harapan (PAKATAN).

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, semua program bantuan masih diteruskan seperti biasa, malah peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bertambah kepada RM98 juta, berbanding RM78.9 juta, pada 2018.

"Kerajaan PAKATAN melalui JHEV ATM masih meneruskan segala kemudahan dan bantuan sedia ada antaranya Skim Bantuan Sara Hidup, Skim Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik, Bantuan Peralatan Pesakit dan Bantuan Bencana Alam.

"Isu permasalahan veteran ATM bukanlah isu baharu dan sudah dibangkitkan sejak pentadbiran kerajaan terdahulu.

"Selain itu, kerajaan juga meluluskan bantuan khas RM500,000 untuk diagihkan kepada persatuan bekas tentera," katanya.

Kementerian itu berkata, kerajaan kini sedang merancang untuk meningkatkan pembabitan agensi awam dan swasta demi menjaga kebajikan serta menambahbaik taraf sosioekonomi veteran ATM.

"Kementerian Pertahanan juga membuktikan keprihatinan kepada veteran ATM melalui pengaktifan semula Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) yang bersidang buat kali pertama, pada 24 Disember 2018 walaupun ditubuhkan sejak 2016.

"MVK yang dipengerusikan Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu) sudah merangka strategi dan mengkaji kaedah serta cara terbaik untuk memastikan kebajikan veteran ATM sentiasa diutamakan demi menghargai pengorbanan mereka kepada negara," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619