BERITA UTAMA

IDE perlu terus salur maklumat didik minda masyarakat

16 Jan 2019, 2:28 AM
IDE perlu terus salur maklumat didik minda masyarakat
IDE perlu terus salur maklumat didik minda masyarakat

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 16 JAN: Institut Darul Ehsan (IDE) perlu terus menyalurkan maklumat bagi mendidik minda masyarakat, sekali gus membina komuniti berilmu, bermoral tinggi dan komited dengan prinsip kebanaran serta keadilan.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu kerana beliau melihat institusi yang ditubuhkan Kerajaan Negeri sejak 2015 banyak membuat kajian berkaitan hal politik semasa negara.

"Artikel yang diterbitkan mereka ini menjadi kayu ukur kepada banyak pihak bertanding dalam pilihan raya lalu dan yang akan datang.

"Justeru, saya mahu IDE terus salurkan maklumat berkesan dalam kalangan minda masyarakat, selari ke arah Malaysia Baru lebih berdaya saing dan bersedia dengan arus perubahan semasa," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi pertemuan bersama kakitangan IDE di Ibu Pejabat IDE, petang semalam.

Dalam pertemuan itu, Amirudin turut menyertai mesyuarat bersama Pengerusi IDE, Prof Dato' Dr Siddiq Fadzil; Timbalan Pengerusi IDE, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman dan ahli lembaga pengarah IDE.

Amirudin berkata, mesyuarat hampir tiga jam itu membincangkan semula peranan IDE dalam membuat kajian berkenaan pengukuhan agama dan ketatanegaraan.

"Untuk makluman, IDE juga membuat kajian berkenaan maqasid syariah dan kajian itu dilihat begitu maju sehingga membolehkan mereka menghasilkan istilah maqasid syariah dalam Bahasa Melayu, dan ia adalah pertama seumpamanya di dunia.

"Saya berharap supaya IDE meneruskan kajian lain, sekali gus menjadi pusat penyelidikan, pendidikan dan pencerahan masyarakat yang progresif," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619