PBT

Ahli Majlis MPKj beri pencerahan program IPR

12 Jan 2019, 3:49 AM
Ahli Majlis MPKj beri pencerahan program IPR

OLEH SHEEDA FATHIL

KAJANG, 12 JAN: Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil inisiatif membuka kaunter, di Dewan Orang Ramai Taman Mesra, di sini bagi memberi penerangan dan menarik masyarakat mendaftar di bawah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Ahli Majlis Zon 10, Sharifah Norhayati Syed Omar berkata, hal itu kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak tahu berkenaan IPR, walaupun ia sudah wujud sejak 2008.

"Apabila kita turun padang, baru kita dapat lihat sebenarnya ramai masyarakat kurang mengetahui berkenaan IPR.

"Selain dapat memberikan penerangan jelas, ia turut memudahkan urusan pendaftaran tanpa perlu hadir ke pusat khidmat kawasan masing-masing," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian pada program Bantuan Sara Hidup E-Kasih, I-Suri dan I-Saraan yang dirasmikan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Serdang, Lim Kim Eng.

IPR yang diperkenalkan pada Mac 2008 (dahulunya dikenali sebagai Merakyatkan Ekonomi Selangor) kini mempunyai lebih 40 program merangkumi Kasih Ibu Smart Selangor, Peduli Sihat dan Food Stamp.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619