AGENDA

24,000 mohon Inisiatif Pendapatan Rakyat dalam dua minggu

9 Mac 2023, 5:50 AM
24,000 mohon Inisiatif Pendapatan Rakyat dalam dua minggu

SHAH ALAM, 9 MAC: Sebanyak 24,000 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diterima dalam tempoh hampir dua minggu selepas dilancarkan, maklum menteri ekonomi.

Rafizi Ramli berkata setiap permohonan akan melalui proses semakan silang menerusi sistem data e-Kasih dan penerima Tunai Rahmah bagi memastikan pemohon benar-benar layak.

"Sejak dilancar, Kementerian Ekonomi menerima maklum balas dan sambutan menggalakkan menerusi permohonan di laman sesawang yang dibangunkan khusus untuk penerima mendaftar.

"Setakat ini, jumlah permohonan sekitar 24,000 dan akan bertambah dari sehari ke sehari. Kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk kenal pasti calon yang layak dan menepati kriteria," katanya di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Segamat R Yuneswaran berhubung bagaimana IPR dapat membantu isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar menjana pendapatan.

Dalam pembentangan belanjawan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan IPR untuk mengupayakan golongan miskin bagi meningkatkan potensi pendapatan.

Sejumlah RM750 juta diperuntuk kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR meliputi Inisiatif Usahawan Tani, Inisiatif Usahawan Makanan dan Inisiatif Operator Perkhidmatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619