PBT

Program Kucing Angkat MBSA pada 13 Disember

7 Jan 2019, 4:18 AM
Program Kucing Angkat MBSA pada 13 Disember

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program ‘Kucing Angkat’ sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019, pada Ahad ini bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 mulai jam 8 hingga 11 pagi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti setempat dan menggalakkan kerjasama secara berterusan.

Katanya, ia juga bagi memupuk sikap bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan demi persekitaran bersih dan selamat.

"Selain itu, ia juga landasan untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

"Sebanyak 40 ekor kucing akan diadopsi semasa program ini diadakan dan kucing ini ditangkap MBSA di kawasan seperti pasar serta gerai sebanyak 20 ekor, manakala sumbangan daripada badan bukan kerajaan juga 20 ekor.

"Sebelum diadopsi, kucing ini divaksin dan dibuat pemeriksaan kesihatan dengan setiap adopsi akan dikenakan bayaran RM20 serta maksimum pengambilan kucing adalah dua ekor bagi seorang pemilik," katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, MBSA juga akan turut bekerjasama bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia dan pThe Society for the Prevention of Cruelty to Animals, Selangor, Malaysia (SPCA Selangor) untuk menjayakan program berkenaan.

Katanya, aktiviti lain turut diadakan antaranya seminar, pameran statik, serta ‘booth’ jualan.

Program itu juga menerima tajaan daripada beberapa syarikat pengeluaran makanan haiwan serta klinik rawatan haiwan yang menyokong program berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619